Contact Information
Phone No:
Business Social Accounts
Detailed Information

AzZainMart bermula sebagai sebuah kedai halal di bawah jenama Ayam Az-Zain.

logo azzainmart

AzZainMart Shah Alam telah memulakan operasinya pada awal Januari 2008 di sebuah bangunan kedai di Seksyen 17, Shah Alam iaitu berhampiran dengan Perhentian Bas Shah Alam.

Mulai April 2010 AzZainMart Shah Alam telah berpindah ke lokasi baru yang lebih strategik dan memudahkan pelanggan untuk berurus niaga di alamat No.9 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

azzain1

Kesedaran tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halal dan tayyiba telah membuka mata pengurusan AzZainMart untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim khususnya di sekitar Shah Alam.

Setelah lebih 10 tahun beroperasi, AzZainMart tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna.