SHAH ALAM 27 Dis. – Jaringan Perniagaan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewujudkan satu laman sesawang dalam membina jaringan perniagaan sesama alumni.
Laman sesawang www.biznet-auitm.com itu dijangka akan mula beroperasi dan diakses sepenuhnya menjelang Januari tahun hadapan.
Pengerusinya, Jamil Bakri berkata, setakat ini, UiTM telah melahirkan lebih 800,000 graduan dan kebanyakan daripada alumni terbabit menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti produk kecantikan, kulinari, pusat penginapan dan syarikat pengauditan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/alumni-uitm-kukuhkan-jaringan-perniagaan-sesama-anggota-1.811440